Sunday, April 30, 2017

Jom Rasa PD Famous Cendol Coconut Shake Power

Assalamualaikum

Ada tetamu yang tanya dengan akak kat mana nak makan sedap kat Port Dickson?
Setakat ni akak baru cuba makan kat beberapa tempat sahaja sebab homestay kami ni baru ajer, lagipun kami tak tinggal di Port Dickson, tak taulah mana tempat yang sedap.

Kadang kadang takut gak nak rekemen, takut sedap di tekak akak, tak sedap kat tekak andalah pulak.

Yang pernah akak cuba baru ni ialah kat PD Famous Cendol Coconut Shake Power, dah rasa cendul gak, rasanya ok kat tekak akak.  Dah 3 kali kami lepak kat sini lepas kemas homestay, kira cam upah suami dan anak anak aa.

Terletak tak sampai 1km dari rumah akak, dekat stesyen minyak Petron belah kanan, kedai ni belah kiri menghala ke Teluk Kemang.

Jadi kalau nak makan asam pedas, nasi ayam dan juga laksa termasuk makanan ringan ada kat sini.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

No comments:

Post a Comment

BBQ Di Bayview Villas Condominum Port Dickson

Assalammualaikum Ambil dari balkoni dari rumah akak di tingkat 1 (kat lift kena tekan 2), bila hujung minggu memang meriah, ramai...