Wednesday, April 12, 2017

Bila Tetamu Senang Hati

Assalamualaikum semua






Hati berbunga bunga bila tetamu gembira😍

Ada yang call tanya, homestay akak ni tepi laut ker? 
Homestay akak ni kat tepi teluk bukan tepi pantai, cuma tepi teluk, jika nak ambil gambar dan memancing boleh juga.

Kebanyakkan tetamu cuma nak relax dan mandi kat kolam renang dan berbual bual bersama family.

Jika nak mandi laut, boleh memandu dalam 3-5 minit ke tepi pantai peranginan Teluk Kemang, lepas mandi boleh lepak kat homestay akak.

Oh yer, ada yang keliru sebab bila jumpa mereka ingatkan akak ni muda, padahal dah berumur 50 an dan dah ada cucu.

Nama kakinakl tu adalah nama blog akak sebab akak seorang blogger.  Ramai geng blogger memang panggil akak kak ina kl.😍 Blog akak www.kakinakl.com.

Kalau tetamu muda panggillah auntie, kalau sebaya panggil nama ajer, kalau muda sikit panggillah kakak.👩

Ada gak yang keliru, bila call mereka ingatkan kami ni pekerja Maya Apartment Bayview Villa. Minta tolong carikan apartment yang lain jika dah penuh.

Apartment kami ni cuma satu unit sahaja, kepunyaan sendiri, kami sendiri yang uruskan semuanya dengan pertolongan anak-anak.

Mana nak mampu beli berunit unit nak buat homestay, tapi jika ada rezeki lebih dan homestay kami mendapat sambutan bolehlah kot tambah unit😍.  Doakan yer


Jika berminat
Wasup/sms  019 3961652

Kak Ina/Auntie Ina

No comments:

Post a Comment

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...