Posts

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Image
Assalamualaikum semua

Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang suka main air.

Tapi di sebabkan ibubapa mereka sibuk dengan kerja, taklah dapat berkumpul selalu.

Nak kaya taklah, bukan setiap minggu ada guests, selalunya ada bila ada cuti panjang seperti cuti raya cina, cuti sekolah barulah ada yang ambil 3 hari.

Pelbagai ragam yang akak temui bila buat homestay ni.  Tak pernah terjadi pada tahun lepas, terjadi pulak tahun ni.

Selama ini guests akak baik baik sangat, tolong buang sampah, kemaskan katil, cuci pinggan mangkuk..tak pernah lagi  mengalami kehilangan barang barang dan rumah berkecah.


Kes 1
Hamba Allah ni booked untuk 3 hari 2 malam untuk pada hot dates bulan Febuari sebab ada tamat latihan rekrut ATM ramai orang luar yang datang.  Anak beliau ada pertandingan di satu tempat tapi tak jadi sebab sekolah siapkan penginapan.  

Ikut syarat akak tak payah pulangkan deposit tapi atas belas sebab sekarang ni semua perl…

MASAK DAN MANDI MANDA DI HOMESTAY KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Image
Assalamualaikum semua

Kebanyakan guests yang datang bersama sama keluarga memang akan bertanya sama ada homestay akak ni boleh memasak ataupun tidak?

Biasalah bila dah mandi manda sama ada di pantai ataupun di kolam renang dah tentu perut mudah lapar.  Kenalah cari makanan yang ada di jual di kawasan berhampiran ataupun cari bahan pastu masak.




Kat homestay kami, ada di sedikan multicooker yang boleh di gunakan untuk menggoreng dan merebus cuma tak boleh masak nasi. Jangan pulak nak merendang guna multicooker, habis rosak nanti sebab di gunakan untuk memasak masakan yang simple seperti sardin atau goreng telur dadar.

Jangan risau kami ada sediakan periuk nasi demi memudahkan guests kami.

Sebelum beli multicooker kami sediakan induction cooker, tapi habis hitam periuk sebab ramai pulak yang tak pandai guna/adjust heat induction tu.  Dah dua periuk rosak, kami terpaksalah beli multicooker ni.
Bila dah kami sediakan kelengkapan di dapur, kami amat hargai anda yang pandai menjaga kebersihan dan …

KES PENIPUAN HOMESTAY

Image
Assalamualaikum semua

Sambungan dari kisah AWAS PENIPU HOMESTAY

Bila terjadi penipuan homestay, sedikit sebanyak menjejaskan nama empunya homestay. Kes terbaru terjadi di Melaka dengan menggunakan gambar homestay di situ.

Satu lagi terjadi di Langkawi apabila homestay yang di janjikan tiba tiba di tukar ke tempat lain dan wang deposit tidak di kembalikan.

Kesian dengan guests terutama yang datang dari jauh ingin menikmati percutian yang indah tapi akhirnya terjadi mimpi ngeri.


Di tempat tumpuan pelancung seperti di Cameron Highlands, Pulau Pinang, Port Dickson dan Pulau Langkawi banyak manusia yang mengambil kesempatan dengan menggunakan penipuan sebegini.



Tanda tanda anda kena tipu di ambil dari  fb Adeena Boutique Cameron Highland
Antara tip yang lain

1.  Pastikan anda membuat semakan dengan pemilik homestay yang ingin anda sewa.

2.  Dapatkan testimoni di laman web ataupun di facebook Group Homestay.  Tanya detail, insyallah ada yang akan membantu dan memberikan respond.  Cari juga di google.

NOTA REVIEW JAWI DARI TETAMU KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Image
Assalamualaikum semua

Rezeki dapat promosi percuma dari fanpage glamour yang ambil nota ni dan buh kat fanpage mereka. 

Mungkin kerana admin tertarik dengan nota yang di tulis dalam jawi. Al maklumlah tulisan jawi makin pupus kalau dibiarkan.

Nasib baiklah kalau anak anak pergi ke sekolah agama, mereka masih lagi boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.  Bila ke sekolah menengah mereka boleh mempelajari bahasa arab jika masuk ke kelas KAA.
Syukur alhamdulliah.



Tetamu yang bermalam selama 3 hari 2 malam dari Melaka melahirkan penghargaan melalui nota, pertama kali tau akak dapat. Selalunya di whatapps sahaja. Terharu sungguh di buatnya.




Terima kasih daun keladi,  harap dapat jumpa lagi.

APA ADA DI PANTAI TELUK KEMANG PORT DICKSON

Image
Assalamualaikum semua

Walaupun kami ada homestay di sini, kami jarang ada masa nak berjalan jalan kat Pantai Teluk Kemang sebab banyak hal yang perlu di lakukan.
Kali ni ada masa terluang, kami singgah di Dataran Teluk Kemang, kat sini boleh naik kenderaan ni dengan bayaran yang berpatutan. Kalau dah sampai, kenalah jejakkan kaki kat pasir atau air laut , kalau tak, tak best. Dulu masa muda remaja dan anak kecil, akak memang suka basahkan diri dalam air laut.  Sekarang ni dah kurang pulak rasanya.  Salah satu sebab nak kena salin pakaian basah. Muda remaja memang seronok kalau dapat naik banana boat ni, boleh share ramai-ramai. Kalau lapar banyak peniaga makanan berjualan kat tepi pantai, tak payah risau.  Kebanyakan pengunjung suka bawa bekal sebab best makan ramai ramai bersama keluarga.

HOMESTAY SELESA DAN BERSIH

Image
Assalammualaikum




Alhamdulliah review terkini dari Tasya yang menginap pada 4-5 November 2017.



View dari sisi yang berlainan, tak boleh berenang di sini yer.  Nak mandi manda boleh ke Pantai Teluk Kemang cuma drive 5 minit sahaja.
Tetamu yang ambil dua malam, sempat memancing kat tepi teluk cuma menggunakan tali tangsi dan batang kayu.  Memang murah rezeki beliau.
Akak pun tak pernah cuba memancing kat sini.  Jemputlah menginap di homestay kami yer.

FEEDBACK GUEST HOMESTAY TELUK KEMANG PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Image
Assalammualaikum semua



Tiada apa yang kami dapatkan berikan kepada Puan Nora dari Klang, cuma ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan.

Insyaallah jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki akan jumpa lagi dengan tetamu yang sudi menginap di homestay kami.


Harga yang di tawarkan cuma 
👉RM200 untuk Isnin-Khamis
👉RM250 untuk weekends/public holiday/school holidays (maksimum 6-8 orang).  
💙Jika ingin membuat tempahan deposit diperlukan sebanyak RM50 (untuk sehari).
💙Wang deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan.
💙Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum check in. Check in 2.00 petang Check out 12 tengahari
💛Selepas pembayaran deposit sila wassup/sms Nama Tarikh tempahan  Jumlah hari penginapan 
Wasup/sms : 019 3674831 Kak Ina/Auntie Ina
👉UNTUK KELUARGA MUSLIM SAHAJA




💖Alamat Bay View Villas Apartment
Batu 7, Jalan Pantai, 
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan