Wednesday, February 14, 2018

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua

Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang suka main air.

Tapi di sebabkan ibubapa mereka sibuk dengan kerja, taklah dapat berkumpul selalu.

Nak kaya taklah, bukan setiap minggu ada guests, selalunya ada bila ada cuti panjang seperti cuti raya cina, cuti sekolah barulah ada yang ambil 3 hari.

Pelbagai ragam yang akak temui bila buat homestay ni.  Tak pernah terjadi pada tahun lepas, terjadi pulak tahun ni.

Selama ini guests akak baik baik sangat, tolong buang sampah, kemaskan katil, cuci pinggan mangkuk..tak pernah lagi  mengalami kehilangan barang barang dan rumah berkecah.


Kes 1
Hamba Allah ni booked untuk 3 hari 2 malam untuk pada hot dates bulan Febuari sebab ada tamat latihan rekrut ATM ramai orang luar yang datang.  Anak beliau ada pertandingan di satu tempat tapi tak jadi sebab sekolah siapkan penginapan.  

Ikut syarat akak tak payah pulangkan deposit tapi atas belas sebab sekarang ni semua perlukan duit, akak pulangkan semua dengan harapan ada rezeki yang lain.

Kes 2
Bila dah kosong, ada whatapps nak tarikh yang hot tu.  Syukur alhamdulliah sebab rezeki masih ada.

Pagi tu kami kemas, akak tanya guests jadi ker idak sebab ada yang lain tanya.  Dia kata jadi. Legaaa

Sampai rumah tanya lagi sebab dah petang tak sampai lagi.  Hamba Allah tu kata Jadi Puan.

Tanya sebab ada yang nak tarikh ni, tapi kesian sebab adik ni dah bayar deposit RM50.00

Lepas maghrib, tanya lagi..Jadi Puan

Ok fine, bila dah pukul 10 malam hati dah berdebar, bila whatapps tak jawab, tapi ada tick biru.  Dalam pukul 11 lebih abang dia call, bagitau tak jadi.  Haru di buatnya..kita dahlah tak lena tidur risaukan guests ada halangan ker apa.

Mungkin adik dia tak berani nak jawab, abang dia wakilkan, halalkan duit depo RM50.  Nak nangis pun tak guna sebab benda dah terjadi, redha dengan ketentuannya.

Cuma ralat sebab bagitau lambat sangat, nak tengah malam baru cancel.



"The customer is always right" itulah ungkapan yang biasa kita dengar, ya memang tidak dinafikan dalam dunia perniagaan pelanggan diumpamakan sebagai "raja". 

Ada pro dan contra kan tentang istilah ni,  hak pengusaha pun harus di jaga.


Itu semua hanya ujian, tenangkan hati kerana Allah sentiasa bersama.  Sebagai pengusaha kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan terbuka menghadapi ragam guests.

Dan sentiasa berdoa agar di permudahkan dan dapat guests yang baik-baik, sentiasa permudahkan orang, insyallah Allah akan tolong permudahkan kita.


Mak pun pernah kata, 
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang


Monday, February 5, 2018

MASAK DAN MANDI MANDA DI HOMESTAY KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Kebanyakan guests yang datang bersama sama keluarga memang akan bertanya sama ada homestay akak ni boleh memasak ataupun tidak?

Biasalah bila dah mandi manda sama ada di pantai ataupun di kolam renang dah tentu perut mudah lapar.  Kenalah cari makanan yang ada di jual di kawasan berhampiran ataupun cari bahan pastu masak.




Kat homestay kami, ada di sedikan multicooker yang boleh di gunakan untuk menggoreng dan merebus cuma tak boleh masak nasi. Jangan pulak nak merendang guna multicooker, habis rosak nanti sebab di gunakan untuk memasak masakan yang simple seperti sardin atau goreng telur dadar.

Jangan risau kami ada sediakan periuk nasi demi memudahkan guests kami.

Sebelum beli multicooker kami sediakan induction cooker, tapi habis hitam periuk sebab ramai pulak yang tak pandai guna/adjust heat induction tu.  Dah dua periuk rosak, kami terpaksalah beli multicooker ni.
Bila dah kami sediakan kelengkapan di dapur, kami amat hargai anda yang pandai menjaga kebersihan dan segala peralatan yang kami sediakan.

Call/Whatapps
Kak Ina/Auntie Ina
019 3961652

p/s tarikh 
16-18 Feb - full


RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...