Thursday, December 28, 2017

KES PENIPUAN HOMESTAY

Assalamualaikum semua

Sambungan dari kisah AWAS PENIPU HOMESTAY

Bila terjadi penipuan homestay, sedikit sebanyak menjejaskan nama empunya homestay. Kes terbaru terjadi di Melaka dengan menggunakan gambar homestay di situ.

Satu lagi terjadi di Langkawi apabila homestay yang di janjikan tiba tiba di tukar ke tempat lain dan wang deposit tidak di kembalikan.

Kesian dengan guests terutama yang datang dari jauh ingin menikmati percutian yang indah tapi akhirnya terjadi mimpi ngeri.


Di tempat tumpuan pelancung seperti di Cameron Highlands, Pulau Pinang, Port Dickson dan Pulau Langkawi banyak manusia yang mengambil kesempatan dengan menggunakan penipuan sebegini.



Tanda tanda anda kena tipu di ambil dari 
fb Adeena Boutique Cameron Highland

Antara tip yang lain

1.  Pastikan anda membuat semakan dengan pemilik homestay yang ingin anda sewa.

2.  Dapatkan testimoni di laman web ataupun di facebook Group Homestay.  Tanya detail, insyallah ada yang akan membantu dan memberikan respond.  Cari juga di google.

3.  Jika ada yang meminta wang deposit sehingga ratusan ringgit ataupun jumlah penuh padahal tarikh yang di minta masih lama lagi, kena hati hati yer sebab selalunya macam akak cuma ambil deposit RM50 sahaja sehari.


No comments:

Post a Comment

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...