Tuesday, May 16, 2017

Tempat Menarik Di Port Dickson

Assalamualaikum 

Nak tau kenapa ramai yang memilih untuk bercuti ke Port Dickson?

Salah satu sebabnya kerana perjalanan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tu bila lebuhraya tak sesak, kalau sesak ambil masa gak kan.
Kat Port Dickson ni pasir pantai luas terbentang dan udaranya sungguh segar, menjadi destinasi utama warga ibukota menghabiskan masa setiap hujung minggu.

Pantai Teluk Kemang yang terletak tak jauh dari homestay kami, merupakan pantai yang paling besar dan paling di minati di Port Dickson.
Bagi penggemar sukan air, kat sini ada pelbagai aktiviti menarik untuk di cuba seperti jet ski, banana boat dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada mandi manda.
Selain dari Pantai Teluk Kemang, Pantai Blue Langoon juga merupakan pantai yang diminati.  Terletak di Batu 10, Jalan Pantai,  nak kesini cuma 18km dari bandar Port Dickson.
Anak anak tentu suka ke Muzium Tentera Darat yang merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.  
Tempat makan sedap pun banyak di Port Dickson, salah satunya Ayam Bakar Pasu Terlangkup, Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place dan  PD Famous Cendol Coconut Shake Power


Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, May 4, 2017

Terkena/Homestay Khas Untuk Keluarga Sahaja

Assalamualaikum semua

Homestay kami ni sebenarnya khas untuk yang telah berkeluarga ataupun yang ingin membawa saudara mara atau ibubapa demi menjaga ketenteraman jiran tetangga.
Kami tak mau  tetamu yang menginap membuat bising terutama jika yang datang secara berkumpulan naik motor.

Dengan deruman engin yang membingitkan telinga akan menyebabkan jiran merasa terganggu serta boleh menimbulkan salah faham.

Tolong berlaku jujur jika semasa whatapps/call berapa ramai tetamu yang menginap kerana kami terkena pada minggu lepas.๐Ÿ˜‘   

Mulanya isteri whatapps bagitau cuma 4 orang termasuk suami beliau  yang akan menginap, tapi bila nak check in datang lebih kurang 9 orang anak muda naik motor.๐Ÿ˜ข

Serba salah kami dibuatnya, kali ni kami maafkan, sekiranya terjadi lagi kejadian seperti ini kami akan pulangkan semula wang deposit dan tidak membenarkan mereka check in.

Bila dah ramai, mereka tak jaga kebersihan sehinggakan makan kuaci dan merokok dalam rumah dan dalam bilik.๐Ÿ˜ 

Kami buat sebegini demi keselesaan tetamu yang menginap seterusnya, lagipun kami kadang kadang lepak gak kat sini bersama anak,menantu dan cucu.๐Ÿ˜Š

Jika tetamu yang kami kenal tak jadi hal, manalah tau kot kot ada anak saudara nak bermalam bersama rakan rakan.  Senang sikit nak sound jika mereka ada lakukan sebarang kesilapan.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Sunday, April 30, 2017

Jom Rasa PD Famous Cendol Coconut Shake Power

Assalamualaikum

Ada tetamu yang tanya dengan akak kat mana nak makan sedap kat Port Dickson?
Setakat ni akak baru cuba makan kat beberapa tempat sahaja sebab homestay kami ni baru ajer, lagipun kami tak tinggal di Port Dickson, tak taulah mana tempat yang sedap.

Kadang kadang takut gak nak rekemen, takut sedap di tekak akak, tak sedap kat tekak andalah pulak.

Yang pernah akak cuba baru ni ialah kat PD Famous Cendol Coconut Shake Power, dah rasa cendul gak, rasanya ok kat tekak akak.  Dah 3 kali kami lepak kat sini lepas kemas homestay, kira cam upah suami dan anak anak aa.

Terletak tak sampai 1km dari rumah akak, dekat stesyen minyak Petron belah kanan, kedai ni belah kiri menghala ke Teluk Kemang.

Jadi kalau nak makan asam pedas, nasi ayam dan juga laksa termasuk makanan ringan ada kat sini.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Wednesday, April 12, 2017

Bila Tetamu Senang Hati

Assalamualaikum semua






Hati berbunga bunga bila tetamu gembira๐Ÿ˜

Ada yang call tanya, homestay akak ni tepi laut ker? 
Homestay akak ni kat tepi teluk bukan tepi pantai, cuma tepi teluk, jika nak ambil gambar dan memancing boleh juga.

Kebanyakkan tetamu cuma nak relax dan mandi kat kolam renang dan berbual bual bersama family.

Jika nak mandi laut, boleh memandu dalam 3-5 minit ke tepi pantai peranginan Teluk Kemang, lepas mandi boleh lepak kat homestay akak.

Oh yer, ada yang keliru sebab bila jumpa mereka ingatkan akak ni muda, padahal dah berumur 50 an dan dah ada cucu.

Nama kakinakl tu adalah nama blog akak sebab akak seorang blogger.  Ramai geng blogger memang panggil akak kak ina kl.๐Ÿ˜ Blog akak www.kakinakl.com.

Kalau tetamu muda panggillah auntie, kalau sebaya panggil nama ajer, kalau muda sikit panggillah kakak.๐Ÿ‘ฉ

Ada gak yang keliru, bila call mereka ingatkan kami ni pekerja Maya Apartment Bayview Villa. Minta tolong carikan apartment yang lain jika dah penuh.

Apartment kami ni cuma satu unit sahaja, kepunyaan sendiri, kami sendiri yang uruskan semuanya dengan pertolongan anak-anak.

Mana nak mampu beli berunit unit nak buat homestay, tapi jika ada rezeki lebih dan homestay kami mendapat sambutan bolehlah kot tambah unit๐Ÿ˜.  Doakan yer


Jika berminat
Wasup/sms  019 3961652

Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, March 30, 2017

Ayam Bakar Pasu Terlangkup Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum

Kalau dah namanya jalan jalan cari makan, mestilah nak cuba apa makanan yang sedap ada kat situ kan.

Salah satu tempat yang dah  masuk dalam Majallah 3 ialah Ayam Bakar ni, kira macam makanan sehatlah sebab tak guna minyak.


Yang tak sanggup kena beratur aa bila time makan tengahari, sebab ramai yang sukakan ayam bakar stail masuk dalam pasu, selalunya pasu guna nak tanam pokok kan.

Jangan lupa yer kalau menginap di homestay akak kat Teluk Kemang, pegilah pekena ayam bakar ni tau.

Berminat nak menginap di homestay akak?

Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, February 23, 2017

Kemudahan Homestay Kak Ina Teluk Kemang Port Dickson

 Assalamualaikum

Selepas highway Port Dickson, masuk kat area kedai kedai tu, terus ke belakang
carilah Maya Apartment/Bayview Villa Condomium

akan lalu kat deretan kedai ini
Nak dapatkan keperluan boleh ke supermarket ini
taman permainan kanak-kanak
kolam renang untuk orang dewasa dan kanak kanak
lepak sambil menghirup udara segar

Thursday, February 16, 2017

Review Dari Tetamu Homestay Murah Kak Ina Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum semua๐Ÿ˜


Syukur alhamdulliah, tetamu puas hati dengan homestay kak ina di Port Dickson ini.


 Siap bawak joran lagi, gi pancing ikan๐Ÿ˜

Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina

p/s kalau lebih dari satu hari ada harga kasih sayang yer๐Ÿ˜Untuk jangka lama pun boleh ada diskaun

Alamat 
Bay View Villas Condominium
Batu 7, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...