Showing posts with label homestay family. Show all posts
Showing posts with label homestay family. Show all posts

Monday, December 18, 2017

NOTA REVIEW JAWI DARI TETAMU KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Rezeki dapat promosi percuma dari fanpage glamour yang ambil nota ni dan buh kat fanpage mereka. 

Mungkin kerana admin tertarik dengan nota yang di tulis dalam jawi. Al maklumlah tulisan jawi makin pupus kalau dibiarkan.

Nasib baiklah kalau anak anak pergi ke sekolah agama, mereka masih lagi boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.  Bila ke sekolah menengah mereka boleh mempelajari bahasa arab jika masuk ke kelas KAA.
Syukur alhamdulliah.



Tetamu yang bermalam selama 3 hari 2 malam dari Melaka melahirkan penghargaan melalui nota, pertama kali tau akak dapat. Selalunya di whatapps sahaja. Terharu sungguh di buatnya.




Terima kasih daun keladi, 
harap dapat jumpa lagi.

Thursday, May 4, 2017

Terkena/Homestay Khas Untuk Keluarga Sahaja

Assalamualaikum semua

Homestay kami ni sebenarnya khas untuk yang telah berkeluarga ataupun yang ingin membawa saudara mara atau ibubapa demi menjaga ketenteraman jiran tetangga.
Kami tak mau  tetamu yang menginap membuat bising terutama jika yang datang secara berkumpulan naik motor.

Dengan deruman engin yang membingitkan telinga akan menyebabkan jiran merasa terganggu serta boleh menimbulkan salah faham.

Tolong berlaku jujur jika semasa whatapps/call berapa ramai tetamu yang menginap kerana kami terkena pada minggu lepas.πŸ˜‘   

Mulanya isteri whatapps bagitau cuma 4 orang termasuk suami beliau  yang akan menginap, tapi bila nak check in datang lebih kurang 9 orang anak muda naik motor.😒

Serba salah kami dibuatnya, kali ni kami maafkan, sekiranya terjadi lagi kejadian seperti ini kami akan pulangkan semula wang deposit dan tidak membenarkan mereka check in.

Bila dah ramai, mereka tak jaga kebersihan sehinggakan makan kuaci dan merokok dalam rumah dan dalam bilik.😠

Kami buat sebegini demi keselesaan tetamu yang menginap seterusnya, lagipun kami kadang kadang lepak gak kat sini bersama anak,menantu dan cucu.😊

Jika tetamu yang kami kenal tak jadi hal, manalah tau kot kot ada anak saudara nak bermalam bersama rakan rakan.  Senang sikit nak sound jika mereka ada lakukan sebarang kesilapan.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...