Showing posts with label homestay murah di port dickson. Show all posts
Showing posts with label homestay murah di port dickson. Show all posts

Monday, December 18, 2017

NOTA REVIEW JAWI DARI TETAMU KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Rezeki dapat promosi percuma dari fanpage glamour yang ambil nota ni dan buh kat fanpage mereka. 

Mungkin kerana admin tertarik dengan nota yang di tulis dalam jawi. Al maklumlah tulisan jawi makin pupus kalau dibiarkan.

Nasib baiklah kalau anak anak pergi ke sekolah agama, mereka masih lagi boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.  Bila ke sekolah menengah mereka boleh mempelajari bahasa arab jika masuk ke kelas KAA.
Syukur alhamdulliah.



Tetamu yang bermalam selama 3 hari 2 malam dari Melaka melahirkan penghargaan melalui nota, pertama kali tau akak dapat. Selalunya di whatapps sahaja. Terharu sungguh di buatnya.




Terima kasih daun keladi, 
harap dapat jumpa lagi.

Wednesday, July 5, 2017

Tetamu Gembira, Owner pun suka

Assalamualaikum semua

Tiada apa yang menggembirkan hati kami, bila tetamu merasa puas hati tinggal di homestay kami.
Terima kasih pada tetamu yang menjaga rumah kami dengan baik sepanjang bermalam di sini, cuma satu kejadian ajer keadaan rumah haru biru dibuatnya.  Tapi semua itu dugaan, kami akan jadikan iktibar.
Ramai yang puas hati bila mandi manda kat kolam, bukan sahaja kanak kanak, orang dewasa pun suka juga.
Tetamu terakhir sebelum bulan puasa, Liza dan keluarganya.  Terima kasih Liza sudi berkongsi gambar dengan kami.

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...