Wednesday, February 14, 2018

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua

Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang suka main air.

Tapi di sebabkan ibubapa mereka sibuk dengan kerja, taklah dapat berkumpul selalu.

Nak kaya taklah, bukan setiap minggu ada guests, selalunya ada bila ada cuti panjang seperti cuti raya cina, cuti sekolah barulah ada yang ambil 3 hari.

Pelbagai ragam yang akak temui bila buat homestay ni.  Tak pernah terjadi pada tahun lepas, terjadi pulak tahun ni.

Selama ini guests akak baik baik sangat, tolong buang sampah, kemaskan katil, cuci pinggan mangkuk..tak pernah lagi  mengalami kehilangan barang barang dan rumah berkecah.


Kes 1
Hamba Allah ni booked untuk 3 hari 2 malam untuk pada hot dates bulan Febuari sebab ada tamat latihan rekrut ATM ramai orang luar yang datang.  Anak beliau ada pertandingan di satu tempat tapi tak jadi sebab sekolah siapkan penginapan.  

Ikut syarat akak tak payah pulangkan deposit tapi atas belas sebab sekarang ni semua perlukan duit, akak pulangkan semua dengan harapan ada rezeki yang lain.

Kes 2
Bila dah kosong, ada whatapps nak tarikh yang hot tu.  Syukur alhamdulliah sebab rezeki masih ada.

Pagi tu kami kemas, akak tanya guests jadi ker idak sebab ada yang lain tanya.  Dia kata jadi. Legaaa

Sampai rumah tanya lagi sebab dah petang tak sampai lagi.  Hamba Allah tu kata Jadi Puan.

Tanya sebab ada yang nak tarikh ni, tapi kesian sebab adik ni dah bayar deposit RM50.00

Lepas maghrib, tanya lagi..Jadi Puan

Ok fine, bila dah pukul 10 malam hati dah berdebar, bila whatapps tak jawab, tapi ada tick biru.  Dalam pukul 11 lebih abang dia call, bagitau tak jadi.  Haru di buatnya..kita dahlah tak lena tidur risaukan guests ada halangan ker apa.

Mungkin adik dia tak berani nak jawab, abang dia wakilkan, halalkan duit depo RM50.  Nak nangis pun tak guna sebab benda dah terjadi, redha dengan ketentuannya.

Cuma ralat sebab bagitau lambat sangat, nak tengah malam baru cancel.



"The customer is always right" itulah ungkapan yang biasa kita dengar, ya memang tidak dinafikan dalam dunia perniagaan pelanggan diumpamakan sebagai "raja". 

Ada pro dan contra kan tentang istilah ni,  hak pengusaha pun harus di jaga.


Itu semua hanya ujian, tenangkan hati kerana Allah sentiasa bersama.  Sebagai pengusaha kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan terbuka menghadapi ragam guests.

Dan sentiasa berdoa agar di permudahkan dan dapat guests yang baik-baik, sentiasa permudahkan orang, insyallah Allah akan tolong permudahkan kita.


Mak pun pernah kata, 
Biar orang buat kita, jangan kita buat orang


Monday, February 5, 2018

MASAK DAN MANDI MANDA DI HOMESTAY KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Kebanyakan guests yang datang bersama sama keluarga memang akan bertanya sama ada homestay akak ni boleh memasak ataupun tidak?

Biasalah bila dah mandi manda sama ada di pantai ataupun di kolam renang dah tentu perut mudah lapar.  Kenalah cari makanan yang ada di jual di kawasan berhampiran ataupun cari bahan pastu masak.




Kat homestay kami, ada di sedikan multicooker yang boleh di gunakan untuk menggoreng dan merebus cuma tak boleh masak nasi. Jangan pulak nak merendang guna multicooker, habis rosak nanti sebab di gunakan untuk memasak masakan yang simple seperti sardin atau goreng telur dadar.

Jangan risau kami ada sediakan periuk nasi demi memudahkan guests kami.

Sebelum beli multicooker kami sediakan induction cooker, tapi habis hitam periuk sebab ramai pulak yang tak pandai guna/adjust heat induction tu.  Dah dua periuk rosak, kami terpaksalah beli multicooker ni.
Bila dah kami sediakan kelengkapan di dapur, kami amat hargai anda yang pandai menjaga kebersihan dan segala peralatan yang kami sediakan.

Call/Whatapps
Kak Ina/Auntie Ina
019 3961652

p/s tarikh 
16-18 Feb - full


Thursday, December 28, 2017

KES PENIPUAN HOMESTAY

Assalamualaikum semua

Sambungan dari kisah AWAS PENIPU HOMESTAY

Bila terjadi penipuan homestay, sedikit sebanyak menjejaskan nama empunya homestay. Kes terbaru terjadi di Melaka dengan menggunakan gambar homestay di situ.

Satu lagi terjadi di Langkawi apabila homestay yang di janjikan tiba tiba di tukar ke tempat lain dan wang deposit tidak di kembalikan.

Kesian dengan guests terutama yang datang dari jauh ingin menikmati percutian yang indah tapi akhirnya terjadi mimpi ngeri.


Di tempat tumpuan pelancung seperti di Cameron Highlands, Pulau Pinang, Port Dickson dan Pulau Langkawi banyak manusia yang mengambil kesempatan dengan menggunakan penipuan sebegini.



Tanda tanda anda kena tipu di ambil dari 
fb Adeena Boutique Cameron Highland

Antara tip yang lain

1.  Pastikan anda membuat semakan dengan pemilik homestay yang ingin anda sewa.

2.  Dapatkan testimoni di laman web ataupun di facebook Group Homestay.  Tanya detail, insyallah ada yang akan membantu dan memberikan respond.  Cari juga di google.

3.  Jika ada yang meminta wang deposit sehingga ratusan ringgit ataupun jumlah penuh padahal tarikh yang di minta masih lama lagi, kena hati hati yer sebab selalunya macam akak cuma ambil deposit RM50 sahaja sehari.


Monday, December 18, 2017

NOTA REVIEW JAWI DARI TETAMU KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Rezeki dapat promosi percuma dari fanpage glamour yang ambil nota ni dan buh kat fanpage mereka. 

Mungkin kerana admin tertarik dengan nota yang di tulis dalam jawi. Al maklumlah tulisan jawi makin pupus kalau dibiarkan.

Nasib baiklah kalau anak anak pergi ke sekolah agama, mereka masih lagi boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.  Bila ke sekolah menengah mereka boleh mempelajari bahasa arab jika masuk ke kelas KAA.
Syukur alhamdulliah.



Tetamu yang bermalam selama 3 hari 2 malam dari Melaka melahirkan penghargaan melalui nota, pertama kali tau akak dapat. Selalunya di whatapps sahaja. Terharu sungguh di buatnya.




Terima kasih daun keladi, 
harap dapat jumpa lagi.

Thursday, November 30, 2017

APA ADA DI PANTAI TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Walaupun kami ada homestay di sini, kami jarang ada masa nak berjalan jalan kat Pantai Teluk Kemang sebab banyak hal yang perlu di lakukan.
Kali ni ada masa terluang, kami singgah di Dataran Teluk Kemang, kat sini boleh naik kenderaan ni dengan bayaran yang berpatutan.
Kalau dah sampai, kenalah jejakkan kaki kat pasir atau air laut , kalau tak, tak best. Dulu masa muda remaja dan anak kecil, akak memang suka basahkan diri dalam air laut.  Sekarang ni dah kurang pulak rasanya.  Salah satu sebab nak kena salin pakaian basah.
Muda remaja memang seronok kalau dapat naik banana boat ni, boleh share ramai-ramai.
Kalau lapar banyak peniaga makanan berjualan kat tepi pantai, tak payah risau.  Kebanyakan pengunjung suka bawa bekal sebab best makan ramai ramai bersama keluarga.


Wednesday, November 8, 2017

HOMESTAY SELESA DAN BERSIH

Assalammualaikum




Alhamdulliah review terkini dari Tasya yang menginap pada 4-5 November 2017.



View dari sisi yang berlainan, tak boleh berenang di sini yer.  Nak mandi manda boleh ke Pantai Teluk Kemang cuma drive 5 minit sahaja.
Tetamu yang ambil dua malam, sempat memancing kat tepi teluk cuma menggunakan tali tangsi dan batang kayu.  Memang murah rezeki beliau.

Akak pun tak pernah cuba memancing kat sini.  Jemputlah menginap di homestay kami yer.

Monday, October 16, 2017

FEEDBACK GUEST HOMESTAY TELUK KEMANG PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

Assalammualaikum semua



Tiada apa yang kami dapatkan berikan kepada Puan Nora dari Klang, cuma ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan.

Insyaallah jika di panjangkan umur dan di murahkan rezeki akan jumpa lagi dengan tetamu yang sudi menginap di homestay kami.


Harga yang di tawarkan cuma 

πŸ‘‰RM250 untuk weekdays/weekends/public holiday/school holidays 

πŸ’™Jika ingin membuat tempahan deposit diperlukan sebanyak RM50 (untuk sehari).
πŸ’™Wang deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan.

πŸ’™Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum check in.
Check in 2.00 petang
Check out 12 tengahari

πŸ’›Selepas pembayaran deposit sila wassup/sms
Nama
Tarikh tempahan 
Jumlah hari penginapan 

Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

πŸ‘‰UNTUK KELUARGA MUSLIM SAHAJA




πŸ’–Alamat 
Bay View Villas Apartment
Batu 7, Jalan Pantai, 
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Thursday, September 14, 2017

Mee Bandung Dan Mee Udang Di Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum

Semalam kami saja ke homestay kami sambil jalan jalan cari makan.  Kalau waktu tengahari cuma ada beberapa kedai makan yang buka  kat Pantai Peranginan Teluk Kemang.


Kami tak nak makan nasi campur, teringin pulak nak makan yang lain.


Bila bukan hari cuti kat pantai ni, tak ramai orang, nak parking pun mudah.  Cuba pergi waktu hujung minggu dan cuti memang agak payahlah nak parking kat dalam.





Nampak menarik kan Meebandung ni, rupa ada, cuma rasanya kurang umphh tak macam kat Muar.  
Akak bagi suami ni mee bandung  port dickson bukan #Muar harganya RM7 .  Oleh sebab suami memang pernah di besar dan di sekolahkan di Muar, memang tekak dia tak boleh terima rasa mee bandung ni.


#Mee udang XL udangnya, rasa kira ok kat tekak akak, harganya RM15.  Kalau nak makan makan selain mandi manda bolehlah ke sini, tak jauh dari homestay kami.  Banyak pilihan yang ada, tak sampai 10 kalau memandu, kalau jalan kaki lama lah sikit

Saturday, September 2, 2017

Terima Kasih

Assalammualaikum semua
Bila time cuti panjang tempat tempat peranginan berhampiran ibukota memang selalunya fully booked, agak payah kalau booked last minit.

Selalunya yang betul berminat akan bayar duit booking sebulan dari tarikh hari nak bermalam.
Seperti homestay kami yang mengamalkan siapa bayar duit booking dia yang mempunyai peluang nak menginap di tempat kami.

Terima kasih kerana berminat nak menginap di homestay kami.

Monday, July 31, 2017

BBQ Di Bayview Villas Condominum Port Dickson

Assalammualaikum



Ambil dari balkoni dari rumah akak di tingkat 1 (kat lift kena tekan 2), bila hujung minggu memang meriah, ramai pengunjung.
Selain dari berenang, ada juga tetamu nak bakar membakar, tak bolehlah bakar kat tempat sebarangan.


Ada di sediakan tempatnya, cuma bawa ajer bahan bahan yang telah di perap.  Jangan lupa juga beli arang dan tempat pembakar.

Salah satu tempat bbq di tepi teluk, satu lagi kat area swimming pool, ada dua tempat di sediakan, oh yer  jangan lupa bawa tikar. 

Jangan lupa bawa sekali plastik sampah sebab lepas guna kenalah di bersihkan untuk orang lain pula.

Kerjasama tetamu amat amatlah di hargai.

Wednesday, July 5, 2017

Tetamu Gembira, Owner pun suka

Assalamualaikum semua

Tiada apa yang menggembirkan hati kami, bila tetamu merasa puas hati tinggal di homestay kami.
Terima kasih pada tetamu yang menjaga rumah kami dengan baik sepanjang bermalam di sini, cuma satu kejadian ajer keadaan rumah haru biru dibuatnya.  Tapi semua itu dugaan, kami akan jadikan iktibar.
Ramai yang puas hati bila mandi manda kat kolam, bukan sahaja kanak kanak, orang dewasa pun suka juga.
Tetamu terakhir sebelum bulan puasa, Liza dan keluarganya.  Terima kasih Liza sudi berkongsi gambar dengan kami.

Wednesday, June 7, 2017

Awas Penipu Mengaku Owner Homestay

Assalammualaikum semua

Wah sekarang ni ada pula penipuan tentang pasal homestaylah pulak.

Dapat info dari geng homestay Malaysia di facebook, di mana se penipu akan menggunakan gambar homestay kepunyaan owner lain di mudah.com.

Pastu mengiklankan homestay yang cantik  dengan harga yang murah dari harga sebenar.

Dengan mengenakan deposit antara RM50 hingga RM100, beliau akan suruh bank in deposit, bila dah bank in beliau mengaku seolah olah tarikh yang di pohon telah di lock.

Malangnya bila tiba 1 hari atau masa nak check in, no tak akan dapat di hubungi. 

Kesian dengan orang yang beria ia booking yang biasanya akan datang dengan family.

Penipuan ini telah berlaku di negeri Melaka, Terengganu, Pahang, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Berhati hati bila nak booking yer, bila tenguk no atas dan menggunakan 3 jenis bank. Akan menyamar menggunakan nama Afandi atau Ardi.

Selalunya terjadi sewaktu cuti persekolahan dan masa konvo atau pendaftaran kolej atau universiti.





Tuesday, May 16, 2017

Tempat Menarik Di Port Dickson

Assalamualaikum 

Nak tau kenapa ramai yang memilih untuk bercuti ke Port Dickson?

Salah satu sebabnya kerana perjalanan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tu bila lebuhraya tak sesak, kalau sesak ambil masa gak kan.
Kat Port Dickson ni pasir pantai luas terbentang dan udaranya sungguh segar, menjadi destinasi utama warga ibukota menghabiskan masa setiap hujung minggu.

Pantai Teluk Kemang yang terletak tak jauh dari homestay kami, merupakan pantai yang paling besar dan paling di minati di Port Dickson.
Bagi penggemar sukan air, kat sini ada pelbagai aktiviti menarik untuk di cuba seperti jet ski, banana boat dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada mandi manda.
Selain dari Pantai Teluk Kemang, Pantai Blue Langoon juga merupakan pantai yang diminati.  Terletak di Batu 10, Jalan Pantai,  nak kesini cuma 18km dari bandar Port Dickson.
Anak anak tentu suka ke Muzium Tentera Darat yang merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.  
Tempat makan sedap pun banyak di Port Dickson, salah satunya Ayam Bakar Pasu Terlangkup, Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place dan  PD Famous Cendol Coconut Shake Power


Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, May 4, 2017

Terkena/Homestay Khas Untuk Keluarga Sahaja

Assalamualaikum semua

Homestay kami ni sebenarnya khas untuk yang telah berkeluarga ataupun yang ingin membawa saudara mara atau ibubapa demi menjaga ketenteraman jiran tetangga.
Kami tak mau  tetamu yang menginap membuat bising terutama jika yang datang secara berkumpulan naik motor.

Dengan deruman engin yang membingitkan telinga akan menyebabkan jiran merasa terganggu serta boleh menimbulkan salah faham.

Tolong berlaku jujur jika semasa whatapps/call berapa ramai tetamu yang menginap kerana kami terkena pada minggu lepas.πŸ˜‘   

Mulanya isteri whatapps bagitau cuma 4 orang termasuk suami beliau  yang akan menginap, tapi bila nak check in datang lebih kurang 9 orang anak muda naik motor.😒

Serba salah kami dibuatnya, kali ni kami maafkan, sekiranya terjadi lagi kejadian seperti ini kami akan pulangkan semula wang deposit dan tidak membenarkan mereka check in.

Bila dah ramai, mereka tak jaga kebersihan sehinggakan makan kuaci dan merokok dalam rumah dan dalam bilik.😠

Kami buat sebegini demi keselesaan tetamu yang menginap seterusnya, lagipun kami kadang kadang lepak gak kat sini bersama anak,menantu dan cucu.😊

Jika tetamu yang kami kenal tak jadi hal, manalah tau kot kot ada anak saudara nak bermalam bersama rakan rakan.  Senang sikit nak sound jika mereka ada lakukan sebarang kesilapan.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Sunday, April 30, 2017

Jom Rasa PD Famous Cendol Coconut Shake Power

Assalamualaikum

Ada tetamu yang tanya dengan akak kat mana nak makan sedap kat Port Dickson?
Setakat ni akak baru cuba makan kat beberapa tempat sahaja sebab homestay kami ni baru ajer, lagipun kami tak tinggal di Port Dickson, tak taulah mana tempat yang sedap.

Kadang kadang takut gak nak rekemen, takut sedap di tekak akak, tak sedap kat tekak andalah pulak.

Yang pernah akak cuba baru ni ialah kat PD Famous Cendol Coconut Shake Power, dah rasa cendul gak, rasanya ok kat tekak akak.  Dah 3 kali kami lepak kat sini lepas kemas homestay, kira cam upah suami dan anak anak aa.

Terletak tak sampai 1km dari rumah akak, dekat stesyen minyak Petron belah kanan, kedai ni belah kiri menghala ke Teluk Kemang.

Jadi kalau nak makan asam pedas, nasi ayam dan juga laksa termasuk makanan ringan ada kat sini.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Wednesday, April 12, 2017

Bila Tetamu Senang Hati

Assalamualaikum semua






Hati berbunga bunga bila tetamu gembira😍

Ada yang call tanya, homestay akak ni tepi laut ker? 
Homestay akak ni kat tepi teluk bukan tepi pantai, cuma tepi teluk, jika nak ambil gambar dan memancing boleh juga.

Kebanyakkan tetamu cuma nak relax dan mandi kat kolam renang dan berbual bual bersama family.

Jika nak mandi laut, boleh memandu dalam 3-5 minit ke tepi pantai peranginan Teluk Kemang, lepas mandi boleh lepak kat homestay akak.

Oh yer, ada yang keliru sebab bila jumpa mereka ingatkan akak ni muda, padahal dah berumur 50 an dan dah ada cucu.

Nama kakinakl tu adalah nama blog akak sebab akak seorang blogger.  Ramai geng blogger memang panggil akak kak ina kl.😍 Blog akak www.kakinakl.com.

Kalau tetamu muda panggillah auntie, kalau sebaya panggil nama ajer, kalau muda sikit panggillah kakak.πŸ‘©

Ada gak yang keliru, bila call mereka ingatkan kami ni pekerja Maya Apartment Bayview Villa. Minta tolong carikan apartment yang lain jika dah penuh.

Apartment kami ni cuma satu unit sahaja, kepunyaan sendiri, kami sendiri yang uruskan semuanya dengan pertolongan anak-anak.

Mana nak mampu beli berunit unit nak buat homestay, tapi jika ada rezeki lebih dan homestay kami mendapat sambutan bolehlah kot tambah unit😍.  Doakan yer


Jika berminat
Wasup/sms  019 3961652

Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, March 30, 2017

Ayam Bakar Pasu Terlangkup Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum

Kalau dah namanya jalan jalan cari makan, mestilah nak cuba apa makanan yang sedap ada kat situ kan.

Salah satu tempat yang dah  masuk dalam Majallah 3 ialah Ayam Bakar ni, kira macam makanan sehatlah sebab tak guna minyak.


Yang tak sanggup kena beratur aa bila time makan tengahari, sebab ramai yang sukakan ayam bakar stail masuk dalam pasu, selalunya pasu guna nak tanam pokok kan.

Jangan lupa yer kalau menginap di homestay akak kat Teluk Kemang, pegilah pekena ayam bakar ni tau.

Berminat nak menginap di homestay akak?

Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...