Wednesday, June 7, 2017

Awas Penipu Mengaku Owner Homestay

Assalammualaikum semua

Wah sekarang ni ada pula penipuan tentang pasal homestaylah pulak.

Dapat info dari geng homestay Malaysia di facebook, di mana se penipu akan menggunakan gambar homestay kepunyaan owner lain di mudah.com.

Pastu mengiklankan homestay yang cantik  dengan harga yang murah dari harga sebenar.

Dengan mengenakan deposit antara RM50 hingga RM100, beliau akan suruh bank in deposit, bila dah bank in beliau mengaku seolah olah tarikh yang di pohon telah di lock.

Malangnya bila tiba 1 hari atau masa nak check in, no tak akan dapat di hubungi. 

Kesian dengan orang yang beria ia booking yang biasanya akan datang dengan family.

Penipuan ini telah berlaku di negeri Melaka, Terengganu, Pahang, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Berhati hati bila nak booking yer, bila tenguk no atas dan menggunakan 3 jenis bank. Akan menyamar menggunakan nama Afandi atau Ardi.

Selalunya terjadi sewaktu cuti persekolahan dan masa konvo atau pendaftaran kolej atau universiti.





4 comments:

  1. Sampai hati mereka nak tipu orang. Cuba la kena dengan mereka sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, tak ingat makan duit haram, berdosa

      Delete
  2. Peringatan utk always check background dulu sebelum berurusan... Maklumat ada dihujung jari bukan???? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang terkena kebanyakkannya bukan pandai nak cari maklumat di google, mereka fikir masih ada lagi orang yang tak menipu di dunia ini

      Delete

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...